Friday, 11 September 2015
JADUAL PERHIMPUNAN BULANAN KO KURIKULUM SKBT1 2015
DASAR KOKURIKULUM
PERTAMA:
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM
KEBANGSAAN.
“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang
termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1)
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan
sebagai PU(A) 531/97.
KEDUA :
Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah
adalah wajib.“Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan
setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian
sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan
persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat
Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}
KETIGA:
Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam
dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah
wajib.“Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan
pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)
KEEMPAT:
“Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah
hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan
murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
KELIMA:
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah
berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi
atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di
kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16
November 2000).
DASAR SOKONGAN:
1. “Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk
gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil
bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong
royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan
perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi
pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian”. {Perkara 5.3 Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.((929)}.
2. Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan
penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.{Rujuk Subperkara 4.2.1
dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32)
bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}.
3. “Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid
bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di
sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga
dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang
dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh
pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
24/1998).
4. “Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah
menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara
terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat
untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000).
5. “Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara,
Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu
diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu
agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.” (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000).6. “Sekolah hendaklah
memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang
perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam
bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada
kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada
pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.” (Subperkara 8.2.4
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
Sumber rujukan:
Unit Kokurikulum,
JPNJ
Subscribe to:
Posts
(Atom)